Wednesday, November 22, 2017

Bagi tahun 2017, silibus Sains Tingkatan 1 telah dimurnikan. Tajuk-tajuk yang akan diajar ialah:


BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
1.1 Sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
1.2 Makmal Sains anda
1.3 Kuantiti fizik dan unitnya
1.4 Penggunaan alat pengukur, kejituan, kepersisan, kepekaan dan ralat
1.5 Ketumpatan
1.6 Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
1.7 Sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan saintifik


BAB 2 : SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN
2.1 Sel - Struktur, Fungsi dan Organisasi
2.2 Respirasi Sel dan Fotosintesis


BAB 3 : KOORDINASI DAN GERAK BALAS
3.1 Homeostasis dalam benda hidup


BAB 4 : PEMBIAKAN
4.1 Pembiakan seks dan aseks
4.2 Sistem pembiakan manusia
4.3 Kitar haid
4.4 Persenyawaan dan kehamilan
4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
4.6 Kemandulan dan pencegahan kehamilan
4.7 Pembiakan tumbuhan


BAB 5 : JIRIM
5.1 Jirim dalam alam
5.2 Tiga keadaan jirim


BAB 6 : JADUAL BERKALA
6.1 Pengelasan unsur
6.2 Campuran
6.3 Sebatian


BAB 7 : UDARA
7.1 Komposisi udara
7.2 Pembakaran
7.3 Pencemaran udara


BAB 8 : CAHAYA DAN OPTIK
8.1 Penggunaan cermin
8.2 Sifat cahaya
8.3 Pantulan cahaya
8.4 Pembiasan cahaya
8.5 Penyebaran cahaya
8.6 Penyerakan cahaya
8.7 Penambahan dan penolakan cahaya


BAB 9 : BUMI
9.1 Sistem dan struktur bumi
9.2 Bahan bumi
9.3 Proses utama bumi
9.4 Fenomena geobencana
9.5 Usia bumi
9.6 Sumber bumi dan geologi gunaan

Saturday, March 7, 2015

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Wednesday, February 6, 2013

Introduction To Science...Chapter 1A

 Assalamualaiku & Salam sejahtera...

Pelajar-pelajar tingkatan 1...cikgu akan terangkan serba sedikit berkaitan Pengenalan kepada Sains(Introduction To Science)..

Terdapat beberapa subtopik yang perlu difahami...antaranya:


Jadi, cikgu akan terangkan mengikut subtopik.cikgu akan terangkan dalam bahasa Melayu..Nota dalam bahasa Inggeris...

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaiD7PHq_VaVsaIoc_lyMGqAlEpZSTCQlL48aPChfEZCi7k0ENZ7xHhjckSEsES_IGaljsKhu88MHBuenbztJMQK-O53h_XbcyQvCiFJzJo-DYsBeOCY33CWeWJc6-qcH-UjEsImxyp_f0/s1600/Picture2.png" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="240" width="320" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaiD7PHq_VaVsaIoc_lyMGqAlEpZSTCQlL48aPChfEZCi7k0ENZ7xHhjckSEsES_IGaljsKhu88MHBuenbztJMQK-O53h_XbcyQvCiFJzJo-DYsBeOCY33CWeWJc6-qcH-UjEsImxyp_f0/s320/Picture2.png" /></a></div>

* Berdasarkan nota di atas, Sains merupakan kajian sistematik terhadap fenomena semulajadi dan kesannya terhadap manusia dan alam sekitar..Contoh fenomena semulajadi: hujan, graviti, salji, kilat, guruh, pelangi, penyejatan dan lain-lain..
* Melalui Sains, kita boleh membuat penemuan baru untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Sains ialah bidang pengajian yang luas dan boleh dibahagikan kepada bidang-bidang lain seperti kimia, fizik, biologi, meteorologi dan lain-lain...

Monday, January 7, 2013

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA...

Selamat Tahun Baru 2013 cikgu ucapkan kepada semua pelajar SMK SS17......Hampir setahun cikgu tidak update blog nih....ini disebabkan terlalu busy dgn PBS yang baru dilaksanakan pada tahun 2012. pada tahun ini cikgu akan cuba update setiap bulan....

Untuk nota power point kali ini adalah dalam bahasa melayu...ini selaras dengan dasar kementerian pelajaran malaysia.....cikgu akan cuba upload secepat mungkin...sekian.

Dari : Cikgu Marzuliana

Sunday, January 29, 2012

Introduction To Science...Chapter 1

1.2 Science Laboratory (Makmal Sains)

Sambungan tajuk lalu...

Hari ini cikgu nak terangkan berkaitan dengan Makmal Sains. Biasanya kita akan masuk ke makmal sains untuk membuat ujikaji atau eksperimen. Sebelum pelajar masuk ke makmal sains, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya: 1. Perlu mendapat kebenaran guru 2. Tidak boleh masuk ke bilik persediaan makmal 3. Gunakan bahan dan radas yang diarahkan oleh guru sahaja 4. Baca label pada botol dengan berhati-hati sebelum menggunakannya 5. Tidak boleh makan/minum 6. Sebarang kecederaan perlu dimaklumkan kepada guru

*Terdapat beberapa langkah keselamatan yang lain yang perlu diteliti oleh pelajar. Langkah keselamatan ini boleh dirujuk dalam buku teks dan dalam makmal sains.

* Seterusnya, pelajar perlu mengenali dahulu radas-radas (apparatus) makmal sains. Antaranya : Silinder penyukat (measuring cylinder), Bikar (Beaker), Penitis (Dropper), Kelalang Kon (Conical Flask), Penunu Bunsen (Bunsen Burner) dan sebagainya..blh rujuk slaid dibawah :


* Sekiranya pelajar mendapati ada radas yang tiada dinyatakan dalam buku teks, ia adalah sekadar pengetahuan tambahan untuk lebih mengenali makmal sains. Walau bagaimanapun, pelajar boleh meneliti buku teks dan buku rujukan sebagai panduan skop pembelajaran. Terdapat pelbagai radas dalam makmal sains yang perlu kita ketahui.

* Selain itu, kalau pelajar perhatikan dalam makmal sains terdapat simbol-simbol yang perlu kita fahami. Antaranya Simbol Amaran Bahaya sebagai tanda berhati-hati dengan keadaan yang tertentu.Simbol ini biasanya dijumpai pada label bekas-bekas yang menyimpan bahan berbahaya. Contohnya:

* Corrosive = Simbol Mengakis : Bahan yang mudah mengakis seperti Asid Pekat
* Explosive = Mudah Meletup : Bahan yang mudah meletup seperti Natrium, Campuran Hidrogen dan udara
* Flammable = Mudah Terbakar : Bahan yang mudah terbakar seperti Petrol, Kerosin, Alkohol
* Radiating = Sinaran Radioaktif yang merbahaya seperti Radium, Uranium
* Toxic = Toksid/ beracun : Mungkin membawa maut seperti Sianida, Merkuri

Cuba pelajar perhatikan simbol-simbol ini dalam makmal dan cuba fahami simbol-simbol ini..sekarang kita sambung dengan subtopik yang seterusnya.


1.3 Steps In Scientific Investigation


* Setelah kita memahami dan pengetahui tentang radas dan simbol dalam makmal, saya akan terangkan serba sedikit berkaitan Langkah-langkah Dalam Penyiasatan Saintifik (Steps In Scientific Investigation). Sebelum pelajar-pelajar menjalankan eksperimen, beberapa langkah perlu diteliti. Contohnya jenis-jenis pembolehubah (Types of Variables) iaitu keadaan atau faktor yang mempengaruhi keputusan sesuatu eksperimen.

* Terdapat 3 jenis pembolehubah ( 3 types of Variables) :
a) Pembolehubah dimalarkan (Kept Constant/ kept same)
   - keadaan yang ditetapkan dalam eksperimen
b) Pembolehubah dimanipulasi ( Kept change/ Manipulated)
  - keadaan yang diubah dalam eksperimen
c) Pembolehubah bergerak balas ( Responding / responds)
  - keadaan yang berubah mengikut perubahan pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen

Dalam versi bahasa Melayu,


Setakat ini dahulu berkatan dengan subtopik 1.2 dan 1.3...bersambung dengan 1.4 Physical Quantities &S.I units pada waktu lain...Sekian...